Sertai Kempen Membeli Sambil Menderma Untuk Autism Cafe Project Malaysia

Sempena bulan Kesedaran Autisma Sedunia (World Autism Awareness) pada bulan April ini, anda berpeluang untuk menyumbang kepada Tabung Derma Autism Cafe Project.

Autism Cafe Project diusahakan oleh En. Adli bersama dengan anaknya Luqman (seorang Autisma) dan beberapa remaja Autisma yang lain. Beliau banyak berusaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang Kanak-Kanak Autisma. Hasil usaha beliau pernah mendapat liputan daripada media seperti RTM dan Astro yang telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan di Youtube.

Pada tahun ini, kempen seperti itu akan dianjurkan oleh Felorra Scarf dengan kerjasama beberapa jenama fesyen tempatan yang akan diadakan di Melawati Mall Ampang. Dana yang terkumpul adalah bertujuan untuk membeli sebuah kenderaan jenis van bagi keperluan aktiviti harian anak-anak istimewa ini.

Dengan setiap pembelian daripada anda, sebanyak 10% dari jumlah jualan akan disalurkan kepada Tabung ACP.

Bagaimana sumbangan boleh dibuat?

  1. Pembelian sebarang produk secara online melalui website Felorra di www.felorrascarf.com.
  2. Anda juga boleh membuat belian di Butik Vendor kami, Wardia Butik di Melawati Mall Ampang, Selangor.
  3. Atau anda boleh dapatkan kupon bernilai RM20, RM50 dan RM100 di butik-butik yang disenaraikan di sini atau melalui whatsapp 0124060455. Kupon-kupon ini SAH diguna pakai sepanjang tempoh kempen tersebut.
  4. Tiada had minima belian.
  5. Kempen akan bermula daripada 10 sehingga 30 April 2018.
  6. Kupon ini boleh digunakan untuk pembelian produk-produk di Butik Vendor Wardia (Felorra Scarf,  Marshmallowscarf, Sherry Scarves, Qalbee, Madrehermosa, SofeaRose, Abam Brand dan iBawal).

Whatsapp ‘AUTISM’ ke 0124060455 untuk info lanjut atau email menggunakan borang dibawah.

Marilah kita sama-sama menjayakan kempen ‘Membeli Sambil Menderma’. Sumbangan ikhlas dari anda amat kami hargai.

FELORRA SCARF